MOSCOW: Rusia mahu menyelesaikan pertikaian di Ukraine dan menamatkan operasi ketenteraan secepat mungkin, kata Menteri Luar Sergey Lavrov Rabu.
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, Lavrov berkata demikian ketika temu bual dalam program berita Rusia, lapor Agensi Anadolu.
"Kami ingin menyelesaikan keadaan ini secepat mungkin, untuk menamatkan perang yang sedang disediakan oleh Barat dan akhirnya dilancarkan terhadap kami melalui Ukraine.
"Keutamaan bagi kami ialah nyawa askar dan nyawa orang awam yang kekal di zon pertempuran," katanya.
Bagaimanapun, Lavrov berkata Moscow tidak berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Barat, terutamanya kerana ahli politik Barat "telah mengisytiharkan bahawa keselamatan di Eropah harus dibina terhadap Rusia."
Mengenai penghantaran sistem peluru berpandu Patriot AS ke Ukraine, Lavrov berkata Moscow diberitahu melalui saluran diplomatik bahawa Washington tidak berhasrat untuk berperang secara langsung dengan Rusia.
"Kami bertanya kepada Amerika ... sama ada keputusan untuk memindahkan sistem Patriot ... bermakna pakar Amerika akan ditempatkan di sana (di Ukraine).
"Kami diterangkan secara terperinci bahawa tidak ada rancangan sedemikian, kerana Amerika tidak mahu memerangi Rusia secara langsung.
"Mereka mendakwa ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk melaksanakan sistem Patriot, di mana anggota tentera Ukraine mampu menguasai teknologi itu," katanya.
Beliau berkata sebab utama mengapa Washington berkeras untuk meneruskan pemeriksaan di bawah Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik adalah untuk "memahami apa yang menanti mereka sekiranya berlaku konflik langsung dengan Rusia."
Lavrov kesal dengan ketiadaan inisiatif damai "serius" dan mendakwa ia berlaku kerana Barat tidak membenarkan Ukraine melakukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Lavrov (gambar) kesal dengan ketiadaan inisiatif damai 'serius' dan mendakwa ia berlaku kerana Barat tidak membenarkan Ukraine melakukannya. - Gambar fail AP
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Larangan import uranium dari Rusia akan jejaskan ekonomi AS sendiri - Duta
Larangan ke atas import uranium dari Rusia ke Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan ekonomi AS dengan lebih teruk daripada ekonomi Rusia.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.